Tuesday, August 31, 2010

LAILATUL QADAR

Saturday, August 28, 2010

MEMBACA JAMBATAN ILMU

KARANGAN BERPANDU
Bahagian A
( 30 Markah)
Masa dicadangkan : 45 minit


Gambar di bawah menunjukkan cara masyarakat menimba ilmu. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah yang diperolehi daripada tabiat suka membaca. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



Rangka yang dicadangkan:

Pengenalan
-Budaya membaca harus diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Isi penting
-menyahut cabaran untuk menambahkan pengetahuan tentang perkembangan terkini-tidak tertinggal dalam arus pemodenan.
-meningkatkan kemahiran bahasa-pelbagai jenis bahasa utama di peringkat antarabangsa.
-pengisian masa lapang dengan berfaedah-mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala yang kurang sihat.

Penutup
-masyarakat harus memupuk amalan gemar membaca-mencapai wawasan selaras dengan impian untuk melahirkan masyarakat berilmu.


Friday, August 27, 2010

Sambalewa


Sambalewa = menyambalewa

tidak bersungguh dalam melakukan sesuatu, sambil-sambilan, sambil lewa;
menyambalewakan- melakukan sesuatu tidak dengan sungguh-sungguh.

Contoh:
Sikap sambalewa pelajar menyebabkan kegagalan mereka dalam menguasai bahasa Melayu.


Monday, August 23, 2010

Untuk atau bagi


Kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.

Contohnya:

Bagi siapakah hadiah ini ? ( salah )

Untuk siapakah hadiah ini ? ( betul )

Bagi siapakah makanan ini ? ( salah )

Untuk siapakah makanan ini ? ( betul )

Cincin ini bagimu. ( salah )

Cincin ini untukmu. ( betul )

Jam ini bagi Aziz. ( salah )

Jam ini untuk Aziz. ( betul )

Tanah kebun yang luas itu bagi kami.( salah )

Tanah kebun yang luas itu untuk kami. ( betul )


Kata sendi nama untuk boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.

Contohnya:

1. Dewan makan untuk/bagi mahasiswa universiti itu sedang dibina.

2. Perancangan aktiviti untuk/bagi tahun hadapan bagi/untuk kelab itu sedang dibincangkan.

3. Kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.

Saturday, August 21, 2010

Spekulasi


spekulasi bermaksud;

1.perenungan, tafakur

2. pendapat ( kesimpulan, dugaan ) yang tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta.

3. perihal ( perbuatan ) membeli dan menjual sesuatu ( saham ) dengan harapan untuk mendapat keuntungan yang besar tetapi memikul risiko besar pula.


Sunday, August 15, 2010

Kajian Media Arus Perdana, Enam Dari 10 Tidak Percaya


Enam daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana manakala hanya satu dalam lima mempunyai akses kepada berita “online”, demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini. Kajian Merdeka Center dijalankan antara 27 Jun dan 25 Julai lalu menunjukkan 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana berbanding 33 peratus yakin manakala 10 peratus lagi mengatakan mereka tiada maklumat. Di kalangan masyarakat Cina pula, 58 peratus responden berpandangan bahawa mereka tidak percaya pada media arus perdana, 30 peratus percaya dan 12 peratus lagi pula tidak tahu. Hasil kajian itu dilihat mempunyai kaitan dengan arah aliran jualan suram bagi kebanyakan organisasi media arus perdana. Perangkaan edaran menunjukkan akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia seperti New Straits Times, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia berhadapan dengan kemerosotan jualan pada tahun ini berbanding 2009 iaitu dalam lingkungan 20 peratus. Beberapa eksekutif akhbar mengakui liputan politik yang berpihak telah memberi kesan ke atas paras jualan. Kajian itu juga menunjukkan bahawa akses kepada alterntif media kekal rendah dengan sekitar 80 peratus responden mengatakan bahwa surat akhbar bercetak masih masih menjadi sumber maklumat utama. Hanya 21 peratus yang ditemui mengatakan mereka ada membaca berita internet sepanjang sebulan lalu tetapi kebanyakan membaca media arus perdana versi online. Majoriti responden berkata mereka tiada kepercayaan tinggi ke atas media alternatif meskipun ramai bersetuju bahawa ia sebenarnya lebih boleh dipercayai. Ulasan-ulasan daripada perbincangan kumpulan fokus juga menunjukkan ramai merasakan kebebasan media masih terhad di negara ini disebabkan amalan tapisan yang kuat. Beberapa peserta kumpulan fokus juga menekankan bahawa akhbar bahasa Malaysia sangat bias. Dua penganalisis politik berkata kajian itu bukan sesuatu yang di luar dugaan sama sekali. “Ini mungkin kerana kumpulan ini belum mendaftar sebagai pengundi ataupun tidak kisah apa yang berlaku di negara ini,” kata Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia ketika ditanya mengenai hasil kajian itu. “Ataupun mungkin kerana harapan yang tinggi selepas 2008, mereka mungkin jadi kumpulan atas pagar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. “Dan, ia juga kemungkinan kerana terlalu banyak ‘politiking’, di mana rakyat sudah penat dengan keadaan itu,” katanya. Sivamurugan menjelaskan, kegagalan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menjelaskan agenda politik mereka juga kemungkinan telah menyumbangkan penemuan itu. Dr Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia bersetuju bahawa pemilikan media sahaja belum tentu menjamin kejayaan sesebuah parti politik. “Dalam menguruskan maklumat, menguruskan media, mesej, kedua-dua pihak kena bekerja kuat mulai sekarang,” kata Agus ketika dihubungi. “Jika mereka terus memintal, mensensasikan isu, mereka akan tenggelam,” kata penganalisis politik itu. “Kini maklumat di hujung jari, sama ada media arus perdana atau internet, mereka tidak percaya setiap perkara yang mereka baca. Merek tahu bagaimana hendak menilai,” katanya lagi. (TMI)-TVS

Friday, August 13, 2010

Peribahasa 3


Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.

Maksud: menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling.

Ayat Contoh: Kita perlulah pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling supaya tidak berasa janggal ketika bergaul dengan mereka, bak kata pepatah, masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.


Friday, August 6, 2010

Penanda Wacana


Penggunaan penanda wacana amat perlu, khasnya untuk menyambungkan ayat dengan ayat dan menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain.Penggunaan penanda wacana dengan bijak dan sesuai akan melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis, dan bermakna.

Penanda wacana dapat dibahagikan kepada beberapa jenis serta fungsi dan penggunaannya.
Antaranya ialah:

1. Kata Hubung.

lalu, jika, agar, serta, tetapi, kerana, kerana, supaya, walaupun, sungguhpun.

2. Penambahan

dan, juga, sekali lagi, sebenarnya, bertitik tolak, hal ini, selain juga, tambahan lagi, dan kemudian, lebih-lebih lagi.

3. Perbandingan / Perbezaan

tetapi, selain itu, walaupun, sebaliknya, sama dengan,berbeza dengan, namun demikian, selari dengan, sungguhpun begitu, walau bagaimanapun, sehubungan dengan itu, jika dibandingkan dengan, dalam nada yang berbeza, setelah dibandingkan dengan.

4. Turutan

keduanya, selain itu, seterusnya, pertamanya, lebih penting lagi, akhirnya, selepas itu, kemudiannya, pertama sekali, lebih awal dari itu.

5. Contoh

misalnya, contohnya, seperti mana, yang dimaksudkan ialah, biar kita mengambil contoh, mari kita mengambil contoh.

6. Masa

sesekali, akhirnya, selepas itu, semenjak itu, pada ketika itu, dewasa ini, sebelum itu, sementara itu, pada mulanya, pada masa yang sama.

7. kesimpulan /Rumusan

jadi, oleh itu, jika tidak, jika begitu, ringkasnya, pendek kata, demikianlah, maknanya ialah, sekiranya begitu, sebagai rumusan, sebagai menggulung, hal ini demikian kerana, jelaslah, akibatnya, kesudahannya, oleh sebab itu, kesimpulannya, sekiranya tidak, pada keseluruhanya, hal ini bermaksud, meskipun demikian, oleh yang demikian, betapakah nantinya, dapatlah disimpulkan.

8. Penanda wacana Umum

amnya, jesteru, dengan ini, secara khususnya, selaras dengan itu, sejajar dengan itu, pada kebiasanya,lazimnya, umumnya, sememangnya, ramai berpendapat bahawa, sering kali kita merasakan.


Sunday, August 1, 2010

Hukuman D-M


Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.


[sunting]Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:

KesalahanPadanan bahasa InggerisPembetulan
dalam lain perkataanin other wordsdengan kata-kata lain
lain-lain perkaraother mattersperkara-perkara lain
Minah RestoranMinah RestaurantRestoran Minah
Dunlop tayarDunlop tyretayar Dunlop
goreng pisangfried bananapisang goreng
cili soschilli saucesos cili