Sunday, January 23, 2011

DAPATKAH ANDA TINGGALKAN KESALAHAN BERIKUT?

1. Kesalahan disebabkan tidak ambil berat atau mudah terpengaruh


Antara faktor-faktor,

... Lain-lain isu yang menarik, ...

banyak pokok-pokok

... buat pertama kali, ...

khalayak ramai memperkatakan tentang, ...

dieksport ke luar negara meningkatkan lagi usaha ...

kos perbelanjaan memberikan pula perhatian

sejak dari awal lagi, ...

Mehubungan perkara itu,

pada masa kini, ...

Selain itu juga, ...

Justeru itu, ...

Selain daripada pembalakan,

Berdasarkan kepada hasil ...

Ini adalah kerana ...


2. Kesalahan disebabkan ketiadaan idea untuk mempelbagaikan cara menyatakan isi

atau memulakan huraian


· Antara faktor penebangan hutan semakin berleluasa disebabkan pembukaan kawasan pertanian.
· Faktor-faktor lain penebangan hutan dilakukan bertujuan untuk mendapat kayu balak.
· Faktor-faktor penebangan hutan adalah untuk menjalankan aktiviti pembangunan.
· Kesan negatif penebangan hutan secara tidak terkawal akan terus berlaku jika pemantauan tidak dilakukan.
· Hal ini demikian kerana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutan didiami oleh hidupan liar dan khazanah alam akan lenyap sekelip mata.
· Hutan amat penting kepada kita. Namun, penebangan hutan tanpa kawalan ketara.
· Akibat pembukaan kawasan baharu telah menyebabkan habitat flora dan fauna musnah.
· Antara kesan yang dapat dilihat akibat penebangan hutan ialah berlakunya hakisan tanah.
· Kesan yang seterusnya akibat penebangan hutan ialah menyebabkan suhu meningkat.
· Pembalakan adalah faktor utama mengapa penebangan hutan terjadi.
· Mereka tidak memikirkan apa yang akan terjadi jika penebangan hutan tidak terkawal.
· Hutan yang digondolkan akan dijadikan untuk membina infrastruktur, seperti jalan raya.
· Tindakan ibu bapa akan diteladani anak-anak. Bak kata pepatah, .....
· Usaha yang pihak kerajaan laksanakan untuk menangani masalah ini kurang berkesan.
· Bagi menangani gejala tersebut perlu mendapat kerjasama semua anggota masyarakat.
· Dengan adanya kerjasama semua pihak dapat mengurangkan masalah tersebut.
· Penebangan hutan yang tidak terkawal perlu ditangani, oleh itu kesedaran semua pihak amatlah penting, antaranya adalah dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
· Masalah penebangan hutan masih berlaku dimana saranan kerajaan tidak diendahkan.

Thursday, January 20, 2011

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Saturday, January 1, 2011

2011

Selamat tahun baharu 2011.

tahun baharu setiap tahun
matlamat baru
cita-cita baru
harapan baru.

semuanya kalau boleh baru.
dari sekecil-kecil perkara hendaknya baru
dari sebesar-sebesarnya pun mahu baru.

yang lepas
biar-biarkan saja.

selamat tahun baharu 2011.