Monday, February 28, 2011

keyakinan...

Dengar cakap enggang, makan buah beluluk;
dengar cakap orang, terjun masuk lubuk.

maksudnya: sesuatu perkerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

kamus istimewa peribahasa Melayu

Friday, February 11, 2011

MORFOLOGI



Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem.

Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.

Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar. Ada perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem.

Morfem boleh bersifat bebas atau terikat.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembetukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Wednesday, February 9, 2011

Bahasa Kawad


BAHASA HUKUMAN KAWAD

Bil

Arahan

Bahasa Hukuman

1

Sedia

Skuad/Baris/Kontijen…………Sedia

2

Senang Diri

Skuad/Baris/Kontijen………….Senang Diri

3

Gerakkan Skuad KeKanan

Bergerak Ke Kanan Bertiga2/Berturut2…Ke Kanan….Pusing

4

Gerakkan Skuad Ke Kiri

Bergerak Ke Kiri Bertiga2/Berturut Bertiga2/Berturut…Ke Kiri.....Pusing

5

.Berjalan

Dari Kiri@ Kanan (Tengok Tangan Anggota) ……..Cepat Jalan

6

Berhenti Semasa Cepat Jalan

Skuad/Baris/Kontijen……….Henti(AtasKaki Kiri)

7

Menghadap Ke Hadapan

Skuad /Baris/Kontijen…Akan Menghadap Ke Hadapan…..Ke Belakang ……Pusing

8

Menghadap Ke Belakang

Skuad /Baris/Kontijen…Akan Menghadap Ke Belakang…..Ke Belakang……Pusing

9

Ke Belakang Pusing(CepatJalan)

Bergerak Ke Kanan @ Kiri Bertiga2 bertiga2…..Ke Belakang…………Pusing (Atas Kaki Kanan).Ke Kanan@ Kiri Hendaklah Lihat Tangan Anggota Yang Menghadap KeHadapan.

10

Hormat

Hormat……....Hormat Ke Hadapan……..Hormat (AtasKaki Kiri)

11

Terima Gaji

Hormat Selaku Terima Gaji ……..Hormat Ke Hadapan …………Hormat (Atas kaki Kiri)

12

Ke Kanan@ Kiri Hormat

Hormat ……Hormat Ke Kanan /Kiri……..Hormat (Atas kaki Kiri))

13

Pandang Kanan @ Kiri

Pandang …………..Kanan/Kiri (Atas Kaki Kiri)

14

Pandang Hadapan

Pandang Hadapan (Atas Kaki Kiri)

15

Tukar Langkah

Tukar Langkah Semasa Berjalan…………Tukar Langkah (Atas Kaki Berturut Dengan Kaki Kanan)

16

Cepat Jalan Ke Perlahan

JalanTukar Langkah Perlahan……Perlahan……..JalanJalan(Atas Kaki Kanan)

17

Ke Belakang Pusing (PlhnJalan)

Bergerak Ke Kanan@ Kiri Bertiga2 Bertiga2……....Ke Belakang……………………Pusing (Atas Kaki Kanan) Ke Kanan @ Kiri Hendaklah Lihat Tangan AnggotaYang Menghadap Ke Hadapan

18

Berhenti SemasaPlhn Jalan

Skuad/Baris…………Henti (Atas Kaki Kanan)

19

Perlahan Jalan Ke Cepat Jalan

Tukar…….. LangkahCepat Cepat Jalan……(Kaki Kiri Berturut Dgn Kaki Kanan)

20

Hentak Kaki Semasa Cepat Jalan

Hentak…………Kaki (Atas Kaki Kanan)

21

Maju Selepas Hentak Kaki

Maju…..(Atas Kaki Kanan)

22

Menghadap Ke Belakang Semasa Cepat Jalan

Skuad/Baris……Akan Menghadap ke Belakang……Ke Kanan @ Kiri Pusing (Kaki Yg Berlawanan Dgn Arah)

23

Menghadap Ke Belakang Semasa Perlahan Jalan

Skuad/Baris……Akan Menghadap Ke Belakang……Ke Kanan @ Kiri Pusing (KakiYg Mengikut Arah)

24

Tukar langkah semasa Hentak Kaki

Tukar Langkah Semasa Hentak Kaki……....Tukar Langkah (Mana—Mana Kaki Berturut2)

25

Sekiranya Skuad Anda Menghadap Ke Belakang semasa berhenti

Skuad/Baris..Akan Bergerak Ke Kanan/Kiri Ke Belakang (Semasa Berhenti) Ke kanan/Kiri……....Pusing.