Friday, April 15, 2011

dari atau daripada

Membezakan kata sendi nama "dari" dan "daripada".

1. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukan arah, tempat, dan masa. ( ATM)
contoh:

A-Arah - ayat contoh, Angin kencang bertiup dari arah selatan.
T-Tempat- ayat contoh, Bola itu ditendang dari penjuru padang.
M- Masa-ayat contoh, Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.

2. Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut: Keanggotaan, Abstrak, Benda, Orang, dan Sumber. (KABOS)
contoh:

K- Keanggotaan- ayat contoh,Amy merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Search.
A- Abstrak- ayat contoh, Ali mendapat hasil daripada ketekunannya.
B- Bandingan- ayat contoh,Ali lebih tinggi daripada Ahmad.
O- Orang- ayat contoh,Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.
S- Sumber- ayat contoh, Benang berasal daripada kapas



Sunday, April 10, 2011

Wira Persona Avatari (Ahmad Zaki Abu Bakar)

SINOPSIS

Pasukan Zamrud II

Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun.

pertandingan

Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu.

sesi latihan

Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.

adventure game

Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar.

rangkaian Internet

Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia.

satu juta Ringgit

Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini.

seratus pasukan terbaik

Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih.

lima pasukan terbaik

Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.

bermati-matian

Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan.

mensabotaj

Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari

Aina cedera parah

Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir.

menjuarai

Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.

TEMA

Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

PERSOALAN

1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandingan

Anas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun.

2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup

Keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.

3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat

Anas amat mengambil berat akan adiknya, Aina.

4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak

Puan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandingan Avatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.

5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video

Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yang penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.

6. Persoalan hubungan erat antara kaum

Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum.

7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agama

Anas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari.

Watak Utama

Anas

Ø Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian

Ø Berumur 17 tahun

Ø Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh

Ø Penyayang – amat menyayangi adiknya, Aina

Ø Berani – sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada memenangi pertandingan

Ø Bijak – bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh

Watak Sampingan

Aina

Ø Adik kepada Anas

Ø Bertubuh kecil

Ø Berumur 12 tahun

Ø Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II

Ø Pintar - – digelar rakan sedarjah “si cili padi”

Ø Rajin beribadat – berpuasa sunat bulan Rejab

Ø Gigih – berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II

Ø Keras hati – tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya

Zuriani

Ø Gadis kacukan Melayu- Inggeris

Ø Sahabat karib Aina

Ø Berumur 12 tahun

Ø Peserta simpanan Pasukan Zamrud II

Ø Rendah diri – kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan tempat Aina di peringkat akhir pertandingan

Ø Amanah – tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh PakCik Tan

Kumar

Ø Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas

Ø Panas baran – lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games Star

Ø Angkuh – tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan komputer Avatari Pak Cik Ho

Ø Menginsafi kesilapan diri – berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II

Adeen

Ø Anak Profesor Zakri

Ø Berumur 18 tahun

Ø Pengendali komputer Avatari

Ø Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia

Ø Sangat pintar – mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap

Ø Sabar – tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar

Pauline

Ø Anak tunggal Pak Cik Ho

Ø Berumur 17 tahun

Ø Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II

Ø Menaruh hati terhadap Anas

Ø Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho

Ø Berani – sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar

Anjali

Ø Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap

Ø Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya meninggalkan mereka

Ø Kasar – dipengaruhi oleh didikan abangnya

Ø Pembelot – sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya

Ø Pandai bermain permainan video – mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War

TEKNIK PLOT

Dialog

Contoh: “Kenapa Abang Adeen lambat?” tanya Aina lagi.

“Maaf, terlepas komuter tadi,” jawab Adeen

Suspens

Contoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang yang mencuri cip pemecut mesin Avatari.

Kejutan

Contoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan.

Imbas kembali

Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud sepuluh tahun lalu.

Monolog

Contoh: “Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi,” kata Anas sendirian.

LATAR MASA

Zaman sekarang

golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakan Interne

Zaman prasejarah

setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam peringkat pertama pertandingan Avatari

Zaman Mesir kuno

pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan oleh peserta.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat bandar yang celik komputer

Contoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan Avatari

Masyarakat remaja yang meminati permainan komputer

Contoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.

Masyarakat elit

Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.

Masyarakat bandar yang miskin

Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi mencabar.

Masyarakat yang gemar melakukan jenayah

Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star.

LATAR TEMPAT

Kompleks Beli-belah Anggun

tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dilangsungkan

Rumah Profesor Fitri

tempat tinggal Anas dan Aina

Pusat Permainan Game Star

Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War

Pangsapuri Pak Cik Ho

Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II.

Kawasan bukit di Batu Layar

tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan kembara

GAYA BAHASA

Diksi

Istilah Komputer

Contoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar

Slanga

Contoh: amoi cantik, hei tambi

Personifikasi

Contoh: Petang semakin tua

Peribahasa

Contoh: nasi sudah menjadi bubur; kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Hiperbola

Contoh: …mata yang tajam

...berjalan di atas kepulan awan

Simile

Contoh: …seperti semut merah menghurung lipas mati

…seperti halilintar membelah bumi

NILAI

Nilai kasih sayang.

Contoh: Anas sangat menyayangi adiknya, Aina

Nilai kegigihan.

Contoh: Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

Nilai keberanian

Contoh: Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.

Nilai kesabaran

Contoh: Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.

Nilai keinsafan

Contoh: Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.

Nilai bertanggungjawab

Contoh: Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.

PENGAJARAN

Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat

Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat

Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama

Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.

Kita tidak harus Mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita

Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari.

Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan

Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.