Friday, October 19, 2012

Kata Kerja

Secara mudahnya kata kerja boleh ditakrifkan sebagai perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan  sesuatu   perbuatan. Contohnya makan, minum, berdoa, memanjat dan sebagainya.

Kata kerja boleh wujud sendiri tanpa imbuhan dan juga dengan imbuhan.

Kata kerja dapat digolongkan kepada tiga, iaitu:

1.Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)
2.Kata Kerja Transitif (KKT)
3.Kata Kerja Pasif (KKP)

Dalam ruangan ini saya hanya menyentuh Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) secara ringkas dan mudah.

KKTT - tidak memerlukan objek atau penyambut, iaitu kata nama selepasnya. Hal ini demikian kerana sesuatu ayat itu sudah lengkap maksudnya walaupun kata kerjanya tidak diikuti oleh objek. Contohnya ialah ketawa, hinggap, menguning dan sebagainya.