Wednesday, March 6, 2013

Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah



Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.

Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya.

Katanya wahai cahaya mataku,
Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.

Serta harta aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.

Jikalau tidak anakku berakal,
Harta pusaka di manakan kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.

Kerana harta tiada berguna,
Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.

Budi dan bahasa janganlah lupa,
Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa

Kerana adat orang berbeza,
Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalamnya ada.

syair wasiat ayahanda siti zawiyah

Friday, October 19, 2012

Kata Kerja

Secara mudahnya kata kerja boleh ditakrifkan sebagai perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan  sesuatu   perbuatan. Contohnya makan, minum, berdoa, memanjat dan sebagainya.

Kata kerja boleh wujud sendiri tanpa imbuhan dan juga dengan imbuhan.

Kata kerja dapat digolongkan kepada tiga, iaitu:

1.Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)
2.Kata Kerja Transitif (KKT)
3.Kata Kerja Pasif (KKP)

Dalam ruangan ini saya hanya menyentuh Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) secara ringkas dan mudah.

KKTT - tidak memerlukan objek atau penyambut, iaitu kata nama selepasnya. Hal ini demikian kerana sesuatu ayat itu sudah lengkap maksudnya walaupun kata kerjanya tidak diikuti oleh objek. Contohnya ialah ketawa, hinggap, menguning dan sebagainya.


Thursday, September 27, 2012


Soal jawab berhubung Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 1






PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN 1

1. Soalan: Apa itu PBS? 
Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan
akademik

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-
guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik.

2. Soalan: Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? 
Jawapan: Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah
yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz,
soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan
kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran
merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu
guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

3. Soalan: Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang? 
Jawapan: Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara
untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

4. Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan? 
Jawapan: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan
UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada
2014.

5. Soalan: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

Jawapan
:

• PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek
JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran
sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik
melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif
dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan
assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih
kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan
assessment of learning.


• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,
Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard
Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.


Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang
murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid
dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.


• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini
akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana
guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-
masing kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
  pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
  perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi


6. Soalan: Apakah standard prestasi?

Jawapan
: Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan
tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang
yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda
aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir  bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

7. Soalan: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? 
Jawapan: 
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
• Pementoran
• Penyelarasan
• Pemantauan
• Pengesanan

• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing
guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan
yang ditetapkan.

• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan
memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan
yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada
Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan
instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

8. Soalan: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan  pembelajaran anak-anak mereka? 
Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat
perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data
base).

9. Soalan: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid? 
Jawapan: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh
membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang
perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi
untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

10. Soalan: Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS? 
Jawapan: PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari
segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana
pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

11. Soalan: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai? 
Jawapan: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid
masing-masing kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
  pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
  perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

12. Soalan: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS? 
Jawapan: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas
pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
13. Soalan: Apakah komponen PBS? 
Jawapan: PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.

14. Soalan: Apakah PBS akan menambah beban tugas guru? 
Jawapan: Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk membantu guru-guru.

15. Soalan: Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang? 
Jawapan: Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

16. Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan? 
Jawapan: Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014.

17. Soalan: Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh? 
Jawapan: Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan.

18. Soalan: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? 
Jawapan: Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.

Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program Pentaksiran Pusat.

Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.

19. Soalan: Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik? 
Jawapan: Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran murid.

Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.

Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

20. Soalan: Apakah standard kurikulum? 
Jawapan: Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR:

- standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran
- standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat
- standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melaui tingkah laku

21. Soalan: Apakah standard prestasi? 
Jawapan:
- standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid
- standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid

22. Soalan: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai? 
Jawapan: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

-Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
-Boleh member maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
-Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
-Mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi

23. Soalan: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS? 
Jawapan: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran berasaskan sekolah.

24. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?

Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base)

25. Soalan: Apakah nilai UPSR dan PMR? 
Jawapan: UPSR dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insane yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

26. Soalan: Adakah guru menggunakan standard dalam kurikulum atau standard prestasi untuk mengajar? 
Jawapan: Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum untuk mengajar manakala menggunakan standard prestasi untuk mentaksir.

27. Soalan: Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang disediakan? 
Jawapan: Guru akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan deskriptor dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk diskriptif.

28. Soalan: Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan komputer dan internet tiada di sekolah? 
Jawapan: Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file dalam CD.

29. Soalan: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid? 
Jawapan: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.


30. Soalan: Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator untuk pemilihan aliran di peringkat menengah atas? 
Jawapan: Lima komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi kepelbagaian maklumat secara komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan aliran yang lebig tepat.

31. Soalan: Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dalam pelaksanaannya? 
Jawapan: PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka.

32. Soalan: Apakah peranan PAJSK dalam PBS?

Jawapan: PAJSK membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada kemenjadian murid yang seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagian daripada wajaran 40% PBS untuk UPSR. smkpahikk

Wednesday, November 30, 2011

Surah al-Sajdah

Surah Al-Sajdah diketegorikan di dalam surah-surah al-Makkiyah dan merupakan surah yang ke-32 di dalam al-Quran serta mengandungi 30 ayat.

Dinamakan  surah al-Sajdah kerana terdapat keterangan ayat-ayat perihal orang-oarang yang beriman , apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu melakukan sujud sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Surah al -Sajdah merupakan antara beberapa surah-surah di dalam al-Quran yang mengandungi kalimah sajdaah yang disunatkan melakukan sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya,sama ada ketika bersolat atau tidak.


Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: "Nabi s.a.w. membaca pada Solat Fajar (Subuh) pada hari Jumaat"Alif Laam Mim, Tanzil"-al-Sajdah dan "Hal ata 'alal Insaan"- Insaan." (Riwayat al-Bukhari)

Saturday, October 8, 2011

Tanggungjawab orang Melayu

Yang kurik itu kundi,
   Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
   Yang indah itu bahasa.

Orang Melayu ialah penutur asli bahasa Melayu.
Sebagai penutur asli, orang Melayu dianggap pakar bahasa Melayu.
sebagai pakar, orang Melayu dikehendaki menguasai 3T yang berikut:

-Tahu apabila berlaku kesalahan bahasa.
-Tahu menerangkan mengapa salah.
-Tahu membetulkan kesalahan tersebut.

sumber-Prof. Emeritus Datuk Dr.Nik Safiah Karim

Sunday, September 11, 2011

Puasa Syawal

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.
Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:
Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”
(Persoalan) Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya ? seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan.
Permasalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah. (Sumber:Islamonline.net)