Friday, March 11, 2011

Morfem

Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Morfem terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas merupakan perkataan yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, manakala terikat hanya dapat wujud dalam ayat setelah digabungkan atau dirangkaikan dengan morfem bebas atau morfem terikat.

morfem bebas kebiasanya adalah terdiri daripada kata dasar atau kata akar
contoh: jadi, tapak, jalan, latih, lepas dan sebagainya.

morfem terikat pula biasanya dikaitkan dengan imbuhan, iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Contoh: perkataanmenjadi terdiri daripada morfem terikat men- dengan morfem bebas jadi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment