Friday, April 1, 2011

Deiksis Ganti Diri

Deiksis ganti diri merujuk pelaku atau orang yang terlibat dalam peristiwa percakapan, seperti penutur pendengar atau orang yang diperkatakan.

Ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga bentuk.

1. Orang pertama, iaitu kelompok yang melibatkan diri orang yang bercakap, seperti saya, kita dan kami. Ganti diri saya biasanya digunakan untuk merujuk diri, tetapi dapat digunakan untuk menyatakan makna pemilikan dan diletakan di belakang kata nama, seperti rumah saya, bapa saya, dan sekolah saya.

2. Orang kedua yang merujuk pendengar atau orang yang hadir bersama-sama orang pertama, seperti kamu, awak, saudara dan anda. Ganti diri kedua engkau dan kamu digunakan jika orang itu telah lama dikenali dan mempunyai hubungan akrab.

3. Orang ketiga, iaitu rujukan orang yang diperkatakan, seperti dia, mereka dan beliau. Ganti diri beliau digunakan untuk menyatakan rasa hormat dan digunakan untuk orang yang berstatus tinggi. Ganti diri mereka kadang-kadang juga digunakan untuk merujuk binatang atau benda bernyawa dalam cerita fiksyen.

Pelita Bahasa Mei 2010

No comments:

Post a Comment