Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan masing-masing.
1. Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya;
Cheras, Klang, Ayer Keroh, Kampong Chepor.
2. Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakan menggunakan ejaan baru. Contohnya;
Teluk Intan, Teluk Air Tawar, Taman Bukit Cahaya, kampung Baharu.
3. Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian. Contohnya;
Perancis, Belanda, Kanada, Mesir, Jepun, Filipina, Amerika Syarikat, Republik Rakyat China.
4. Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian. Contohnya;
England, New York, Cuba, Bosnia-Herzegovia.
good info. ;p
ReplyDelete.
menarik!..paling menarik TELUK INTAN tu..theehee..
ReplyDeleteTeluk Intan terletaknya menara condong.Tentu saja menarik bila bersiar-siar dihujung minggu.Sudah lama tak pergi ni.
ReplyDelete