Penggunaan penanda wacana amat perlu, khasnya untuk menyambungkan ayat dengan ayat dan menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain.Penggunaan penanda wacana dengan bijak dan sesuai akan melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis, dan bermakna.
Penanda wacana dapat dibahagikan kepada beberapa jenis serta fungsi dan penggunaannya.
Antaranya ialah:
1. Kata Hubung.
lalu, jika, agar, serta, tetapi, kerana, kerana, supaya, walaupun, sungguhpun.
2. Penambahan
dan, juga, sekali lagi, sebenarnya, bertitik tolak, hal ini, selain juga, tambahan lagi, dan kemudian, lebih-lebih lagi.
3. Perbandingan / Perbezaan
tetapi, selain itu, walaupun, sebaliknya, sama dengan,berbeza dengan, namun demikian, selari dengan, sungguhpun begitu, walau bagaimanapun, sehubungan dengan itu, jika dibandingkan dengan, dalam nada yang berbeza, setelah dibandingkan dengan.
4. Turutan
keduanya, selain itu, seterusnya, pertamanya, lebih penting lagi, akhirnya, selepas itu, kemudiannya, pertama sekali, lebih awal dari itu.
5. Contoh
misalnya, contohnya, seperti mana, yang dimaksudkan ialah, biar kita mengambil contoh, mari kita mengambil contoh.
6. Masa
sesekali, akhirnya, selepas itu, semenjak itu, pada ketika itu, dewasa ini, sebelum itu, sementara itu, pada mulanya, pada masa yang sama.
7. kesimpulan /Rumusan
jadi, oleh itu, jika tidak, jika begitu, ringkasnya, pendek kata, demikianlah, maknanya ialah, sekiranya begitu, sebagai rumusan, sebagai menggulung, hal ini demikian kerana, jelaslah, akibatnya, kesudahannya, oleh sebab itu, kesimpulannya, sekiranya tidak, pada keseluruhanya, hal ini bermaksud, meskipun demikian, oleh yang demikian, betapakah nantinya, dapatlah disimpulkan.
8. Penanda wacana Umum
amnya, jesteru, dengan ini, secara khususnya, selaras dengan itu, sejajar dengan itu, pada kebiasanya,lazimnya, umumnya, sememangnya, ramai berpendapat bahawa, sering kali kita merasakan.
Salam,
ReplyDeleteTeruskan usaha murni ini, untuk memartabatkan bahasa Melayu, yang makin dihakiskan oleh pemimpin dan orang Melayu yang tidak sedar diri. Usaha seperti ini amat disanjung dan teruskan perjuangan ini dengan tekad yang jitu. Salam Perjuangan...
Salam.
ReplyDeletebagus.
boleh saya perbaiki apa yang kurang.
Terima kasih cikgu .Doa kan saya dalam SPM tahun ini .
ReplyDeleteharap terus berusaha.tiada yang mudah tanpa pengorbanan.
Delete