Monday, August 23, 2010

Untuk atau bagi


Kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.

Contohnya:

Bagi siapakah hadiah ini ? ( salah )

Untuk siapakah hadiah ini ? ( betul )

Bagi siapakah makanan ini ? ( salah )

Untuk siapakah makanan ini ? ( betul )

Cincin ini bagimu. ( salah )

Cincin ini untukmu. ( betul )

Jam ini bagi Aziz. ( salah )

Jam ini untuk Aziz. ( betul )

Tanah kebun yang luas itu bagi kami.( salah )

Tanah kebun yang luas itu untuk kami. ( betul )


Kata sendi nama untuk boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.

Contohnya:

1. Dewan makan untuk/bagi mahasiswa universiti itu sedang dibina.

2. Perancangan aktiviti untuk/bagi tahun hadapan bagi/untuk kelab itu sedang dibincangkan.

3. Kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.

No comments:

Post a Comment